20131031

Skrip

Hutang Gelap

Adi duduk dalam bilik gelap dalam keadaan yang risau. Dia tidak senang duduk. Badannya menggeletar seakan takut akan sesuatu. Dia melihat jam yang berdetik. Dia mula takut.

Adi
Macam mana ni?

Adi bingkas bangun dan memakai baju dalam keadaan tergesa-gesa. Lalu dia berlari mendapat begnya. Membuka pintu dan berjalan dalam keadaan tergesa-gesa. Tetapi malang bagi Adi, dia terserempak dengan Tai long.

Tai Long
Mana kamu mau lari hah!!
Adi terperanjat, dia mula risau.

Tai long
Kamu jangan takut! Saya mana ada makan orang.

Tiba-tiba Tai Long berubah menjadi lembaga cecair yang menakutkan. Lalu Adi bertempiaran lari ketakutan. Tai Long mengejarkan tanpa belas kasihan. Adi menjerit ketakutan. Dalam pergelutan itu. Adi bersembunyi di dalam lorong dalam ketakutan. Termengah-mengah.

Adi
FUh! Fuh! Penatnya. Mana mahu lari ni.

Adi terasa pelik, dia mula risau. Dia terperanjat bila mendapati tong sampah berdekatannya mula bergerak-gerak. Dia makin takut. Tiba-tiba tong sampah itu berkecai dan lembaga cecair itu keluar memeranjat dan mula mengejar Adi. Adi berlari menuju ke simpang jalan. Tiba-tiba sebiji kereta memacu laju dan melanggar Adi. Adi beterbangan jatuh terkulai di tepi jalan. Along itu datang menghampiri Adi yang nyawa-nyawa ikan.

Flashback*

Tai Long
Apahal lu lari, gua mahu lu bayar saja. Itu pun payah ka. Kalau ini macam, lu pegi mati aja la. Hidup pun menyusahkan orang.


Tai Long menarik picu dan tanpa banyak bicara. Dia melepaskan tembakan bertalu-talu kepada Adi.

No comments:

Post a Comment