20131031

Skrip

Hutang Gelap

Adi duduk dalam bilik gelap dalam keadaan yang risau. Dia tidak senang duduk. Badannya menggeletar seakan takut akan sesuatu. Dia melihat jam yang berdetik. Dia mula takut.

Adi
Macam mana ni?

Adi bingkas bangun dan memakai baju dalam keadaan tergesa-gesa. Lalu dia berlari mendapat begnya. Membuka pintu dan berjalan dalam keadaan tergesa-gesa. Tetapi malang bagi Adi, dia terserempak dengan Tai long.

Tai Long
Mana kamu mau lari hah!!
Adi terperanjat, dia mula risau.

Tai long
Kamu jangan takut! Saya mana ada makan orang.

Tiba-tiba Tai Long berubah menjadi lembaga cecair yang menakutkan. Lalu Adi bertempiaran lari ketakutan. Tai Long mengejarkan tanpa belas kasihan. Adi menjerit ketakutan. Dalam pergelutan itu. Adi bersembunyi di dalam lorong dalam ketakutan. Termengah-mengah.

Adi
FUh! Fuh! Penatnya. Mana mahu lari ni.

Adi terasa pelik, dia mula risau. Dia terperanjat bila mendapati tong sampah berdekatannya mula bergerak-gerak. Dia makin takut. Tiba-tiba tong sampah itu berkecai dan lembaga cecair itu keluar memeranjat dan mula mengejar Adi. Adi berlari menuju ke simpang jalan. Tiba-tiba sebiji kereta memacu laju dan melanggar Adi. Adi beterbangan jatuh terkulai di tepi jalan. Along itu datang menghampiri Adi yang nyawa-nyawa ikan.

Flashback*

Tai Long
Apahal lu lari, gua mahu lu bayar saja. Itu pun payah ka. Kalau ini macam, lu pegi mati aja la. Hidup pun menyusahkan orang.


Tai Long menarik picu dan tanpa banyak bicara. Dia melepaskan tembakan bertalu-talu kepada Adi.

20131024

Kisah dan Tauladan

Jalan cerita:

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adi yang ketandusan dan kesuntukkan masa. Dia menjadi buruan Along (peminta hutang haram) kerana hutang yang dipinjam tidak dilunaskan. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri ke suatu tempat yang jauh yang tidak dapat dijejaki. Tapi malang baginya kerana dia bertemu dengan along semasa dia cuba untuk melarikan diri. 

Konflik:

Dia menghasilkan satu ruangan imaginasi dimana along itu bertukar menjadi satu lembaga raksasa berbentuk cecair. Dia cuba melarikan diri dan cuba melepaskan diri dari cengkaman lembaga along yang sangat mengerikan itu.

End:

Dia tersilap langkah dan ditimpa malang kerana dilanggar oleh sebuah kereta yang laju semasa dia cuba melarikan diri.

Dia menamatkan zaman bujangnya dengan terkenangkan hutang yang tidak dapat dilunaskan dan ditembak dengan kejam oleh Along tersebut. 





Background


Situasi : Bandar




20131011

Character review

Watak utama - Adi

Seorang remaja yang bergelut dalam kancah hutang piutang yang sangat ekstrem...


klik untuk tumbesaran